Untung Segera; mampukah bertahan
Dikirim dalam motivasi dengan label kejayaan, motivasi pada Mac 17, 2008 oleh airisMakan nasi berulam AIR
Dikirim dalam Info Sihat pada Mac 16, 2008 oleh airisApakah Sebabnya?..
Protein adalah sumber makanan yang amat penting untuk sel-sel tubuh dan otak kita. Dari protein yang dihasilkan asid amino yang penting. Asid-asid amino ini pula dicantumkan dan dirangkaikan semula oleh sel-sel kita untuk menjadi bahan-bahan yang kimia yang dipanggil neurotransmitter enzim, hormon dan lain-lain untuk membolehkan otak, otot-otot dan organ-organ kite berfungsi dengan baik serta menjadi seimbang.
Sumber asid amino ini ialah makanan yang mengandungi protein yang lengkap iaitu daging lembu, daging ayam, daging arnab, ikan dan kekacang. Bukan semua bahan-bahan yang ada di dalam daging itu dapat kita gunakan sepenuhnya. Daging itu akan diproses oleh sistem penghadaman kita dan mengeluarkan bahan-bahan yang boleh digunakan lalu diserap masuk ke dalam saluran darah untuk dibawa kepada sel-sel. Bahan-bahan yang tidak dihadamkan dan yang tidak diserap akan diproses dan dikeluarkan melalui air kencing dan najis.
Asid Hidroklorik
Peringkat pertama proses penghadaman protein ialah di dalam perut. Apabila sampai sahaja ke dalam perut, sel-sel perut akan mengeluarkan sejenis asid yang diberi nama Asid Hidroklorik. Tugas asid hidroklorik adalah untuk menentukan sejenis kimia iaitu enzim yang dihasilkan oleh sel-sel perut kita yang bernama pepsinogen bertukar menjadi enzim pepsin.
Enzim pepsin inilah yang berkemampuan untuk menghadamkan protein. Sekiranya kita mengeluarkan cukup enzim pepsin, penghadaman protein akan berlaku dengan baik sekali. Jumlah enzim pepsin yang dikeluarkan bergantung antara satu sama lain kepada kekuatan asid hidroklorik tadi.
Sekiranya kita minum air diantara suapan, asid hidroklorik di dalam perut kita akan menjadi cair. Bila cair, jumlah dan kekuatan pepsin yang dihasilkan akan tidak mencukupi untuk menghadamkan protein dengan sepenuhnya. Apakah yang akan terjadi sekiranya daging yang kita makan tidak boleh dihadamkan sepenuhnya? Cuba bayangkan daging yang dibeli dibawa balik kerumah dan diletak di dalam mangkuk tanpa garam dan ditinggalkan di atas meja dapur. Mungkin 2-3 jam kemudian daging itu telah mula berbau dan pada malamnya daging itu pun menjadi busuk.
Sebabkan penyakit
Proses yang sama juga akan terjadi di dalam perut kita sekiranya daging yang kita makan tidak dihadamkan sepenuhnya. Bakteria dalam perut kita akan bertindak dan menjadikan daging itu busuk seperti daging pekasam. Proses pembusukan ini menambahkan jumlah ragi atau yis di dalam sistem penghadaman kita. Yis ini akan membiak dan mengeluarkan gas yang akan menyebabkan kita merasa sebu dan kembung. Yis ini juga akan mengeluarkan taring-taring yang akan menebuk lubang usus kecil kita dan menyebabkan bahan-bahan busuk dan bahan-bahan yang tidak berguna tadi akan diserap masuk kedalam saluran darah.
Yis yang diberi nama Candida Albicans, akan sama terserap masuk ke dalam saluran darah. Fenomena ini akan menyebabkan kita bukan sahaja kembung tetapi jika berlaku berulang kali akhirnya mengakibatkan penyakit-penyakit stress dan alahan seperti sering batuk, sering demam, lelah, ruam, ekzema, jerawat, sakit-sakit sendi. Jika ia berlarutan akan menyebabkan penyakit-penyakit seperti gastritis, ulser, tonsilitis, asma, arthiritis, gout atau kanser.
petikan dari majalah wanita bersama dato’ dr noor laily dato abu bakar
Fat Flush Diet
Dikirim dalam Info Sihat dengan label diet, karbohidrat, lemak pada Mac 16, 2008 oleh airispetikan oleh: khairun nisa ishak
Kaedah Fat Flush Diet ini adalah hasil ciptaan Anne Loise Gittleman, PhD, seorang ahli gizi. Anne Louise dikatakan mengamalkan diet rendah karbohidrat sekaligus detoksifikasi. Berdasarkan pada nama kaedah diet ini, jelas sekali tujuannya adalah untuk meningkatkan tahap metabolisme pengamal diet tersebut dan sekaligus mempercepatkan pembakaran lemak. Kaedah detoksifikasi yang diamalkan ini membuat kaedah ini mampu menampung tugas hati dan membantu menghilangkan selulit yang sering menghantui golongan wanita.
Kaedah
Fat Flush Diet ini pada dasarnya ia menganjurkan agar pengamalnya mengambil makanan lemak (seperti flax seeds oil dan flax seeds), protein yang seimbang (telur, daging, ikan dan kedelai), karbohidrat sihat yang rendah kadar glikemianya, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Makanan berasaskan herba dan rempah seperti kayu manis dan halia juga termasuk di dalam senarai makanan yang dianjurkan di dalam diet ini kerana makanan-makanan ini membantu mempercepatkan proses pembakaran kalori. Seain itu, Anne Louise juga menyarankan pengamal diet ini untuk mengamalkan cleansing tonics, iaitu mengambil air dan jus buah-buahan tanpa campuran sebarang pemanis.
Anne Louise membahagikan diet ini kepada tiga fasa, fasa pertama, kedua dan ketiga.
Fasa Pertama
Fasa pertama berlangsung selama dua minggu dengan pembatasan pengambilan kalori sejumlah 1100-1200 per hari. Produk atau bahan makanan yang berasaskan susu atau gandum perlu dielakkan. Di dalam fasa ini, penurunan berat badan yang ketara akan berlaku. Lemak, terutama di bahagian punggung dan peha akan terbakar.
Fasa Kedua
Pada fasa kedua, pengambilan kalori dinaikkan daripada 1200-1500. Pengamal perlu mengekalkan pengambilan kalori pada jumlah ini sehingga berat badan ideal mereka tercapai.
Fasa Ketiga
Pada fasa ini, pengamal boleh mengambil makanan yang berkalori lebih daripada 1500 kalori setiap hari. Jenis makanan yang boleh diambil juga semakin bertambah termasuk makanan yang berasaskan susu dan karbohidrat.
Walaupun demikian, kadar pengambilannya perlu diatur iaitu 40 peratus karbohidrat, 30 peratus protein, dan 30 peratus lemak. Sebagai tambahan, pengamal juga diharuskan mengambil minuman yang bersifat deuretik beberapa kali sehari dan supplemen GLA(gamma-linolic acid) setiap hari untuk membantu membakr lemak dengan cepat.
Kelebihan
Kaedah ini didapati bukan sahaja dapat membakr lemak dan melangsingkan badan, malah amalan pemakanan yang baik dan sihat membuatkan kesihatan tubuh turut terjaga dengan baik.
Kekurangan
- Amalan diet yang ketat dan memerlukan disiplin yang tinggi untuk melakukannya
- Produk berasaskan susu yang rendah lemak sebenarnya terbukti mampu menyediakan kalsium, magnesium dan riboflavin yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan
- Menurut Barry Popkin, walaupun GLA disarankan sebagai suplemen pembakar lemak, kajian yang dilakukannya masih terlalu baru dan perlukan kajian yang lebih mendalam lagi.
The Treasure of Life
Dikirim dalam jiwang pada Februari 29, 2008 oleh airisLife is a journey
A journey of time
Where a heart needs another
To give it a shine
We’re all on a journey
With two paths to take
One that is right
And the one that can break
With many a set back
We’ll find hard to bear
It’s love and true friendship
That will help us to care
For a heart that is lonely
Can fill up with strain
Like a plant that can wither
Without sun and rain
So together when sharing
Surely we’ll find
it’s the treasure of life
That can give peace of mind
petikan dari…(dah x ingat)
Waspada jangkitan kulat
Dikirim dalam Info Sihat pada Februari 22, 2008 oleh airisJangkitan kulat pada organ reproduksi khususnya pada wanita memang selau terjadi. Di negara yang beriklim panas lembab seperti Malaysia ini, spora memang mudah tersebar termasuk pada tubuh manusia.
Tanda-tanda jangkitan kulat adalah gatal-gatal dan keputihan yang sering kali diremehkan. Namun begitu jangan ambil mudah akan jangkitan kulat ini kerana jika tidak ditangani dengan cepat ia mungkin menganggu kesuburan wanita. Berikut adalah 10 fakta tentang jangkitan kulat yang seharusnya anda tahu;
1. Wanita lebih berisiko
Kedudukan alat genital wanita yang berada di dalam dan sentiasa berada dalam keadaan lembap menyebabkan ia menjadi tempat strategik bagi pembiakan kulat. Berbeza dari wanita, alat genital lelaki berada di luar, memudahkan ia untuk di jaga supaya sentiasa kering
2. Candida – jangkitan kulat paling kerap berlaku
60 hingga 80 peratus wanita pernah mengalami jangkitan kulat candida. Kulat jenis ini sangat mudah membiak di bahagian tubuh. Bukan saja pada bahagian sulit tapi juga di bahagian lipatan kulit yang terjadi akibat kegemukan. Penebalan kulit, warna merah serta bintik-bintik adalah tanda awal jangkitan ini.
3. Aspergilosis – paling berbahaya
Aspergilosis tidak mudah membiak seperti candida. Kulat jenis ini akan tumbuh apabila daya tahan penyakit sesorg mula menurun. Aspergilosis mudah menyerang mereka yang sedang mengidap penyakit seperti kencing manis. Penyembuhannya mungkin memakan masa hingga bertahun-tahun. Ia boleh tumbuh dalam organ di dalam tubuh seperti paru-paru dan usus.
4. Jangkitan kulat vs hubungan seksual
Jangkitan kulat boleh terjadi akibat hubungan seksual yang tidak bersih atau apabila pasangan telah dijangkiti kulat di bahagian sulitnya. Hindari hubungan seks sekiranya dikenal pasti terkena jangkitan kerana akan meningkat infeksi.
5. Wanita bujang juga boleh dijangkiti
Jangkitan kulat boleh menyerang wanita bujang yang belum pernah melakukan hubungan seks. Kulat akan cepat membiak semasa seseorang aktif dan mengeluarkan banyak peluh. Keadaan pakaina yang lembap sekiranya lambat ditukar akan menyebabkan kulat lebih cepat membiak.
6. Jangkitan kulat dan kemandulan
Tidak hanya jangkitan kulat, segala bentuk infeksi pada vagina dapat mengakibatkan ketidaksuburan atau kemandulan. Teorinya, sesuatu yang menghalang bertemunya sperma dan sel telur dianggap menggangu kesuburan termasuklah masalah keputihan dan pelbagai lagi puncanya
7. Cairan pencuci vagina
Cairan pencuci vagina berbentuk cucian dalaman yang bebas dijual di farmasi seeloknya digunakan di bawah pengawasan doktor. Jika tidak digunakan dengan cara yang betul, alat tersebut boleh menyebabkan jangkitan ke bahagian dalaman wanita.
Kotoran yang masuk bersama air atau cairan akan mudah bersarang di dalam. Produk ini juga dapat mengubah keseimbangan pH di dalam vagina yang boleh mnyebabkan jangkitan. Penggunaan alat ini semasa keputihan sedang terjadi juga tidak digalakkan.
8. Cegah dengan kebersihan
Pastikan vagina dalam keadaan bersih dan kering. Penggunaan pakaian dalam dari pagi hingga ke malam hari akan menyebabkan perkembangan kulat. Selain itu beri peluang pada kulit di bahagian sulit untuk bernafas di malam hari dengan mengenakan pakaian dalam yang longgar dan selesa.
9. Awasi kehadirannya
Tanda-tanda awal kehadiran kulat dapat dikesan dengan mudah. Jangkitan awal akan menyebabkan rase gatal yang luar biasa dan tidak sembuh. Gatal ini disertai dengan munculnya gumlana putih yang seakan susu diikuti dengan timbulnya tompokan kemerah merahan di sekitar kelangkang
Rasa gatal akan berambah apabila tubuh berpeluh atau berada dalam keadaan lembap. Sekiranya rase gatal diiringi dengan rasa pedih, kemungkinan berlaku juga jangkitan pada salur kencing kerana kedudukannya bersebelahan dengan organ reproduksi.
10. Rawatan
Membersihkan vagina dengan air adalah rawatan pertama. Rawatan dengan ubat anti kulat intravaginal sangat digalakkan untuk wanita yang telah berumah tangga. Ubat berbentuk kapsul lembut di masukkan ke dalam mulut vagina.
Bagi wanita bujang, rawatan cukup dengan mengambil ubat antikulat atau menggunakan krim. Tempoh rawatan bergantung pada tahap keseriusan jangkitan. Sekiranya jangkitan agak kronik, rawatan akan dilakukan selama 6 hari berturut-turut.
-kelolaan Rosiati Elias
Diet
Dikirim dalam Info Sihat pada Februari 21, 2008 oleh airisAdakalanya usaha dan tindakan anda hanya sia-sia. Tekanan dan beban terikat dengan aturan amalan pemakanan membuatkan sesetengah daripada kita hanya berdiet separuh jalan. Lama-kelamaan lahir perasaan malas untuk berdiet.
Sebaiknya pada peringkat awal anda perlu mengawasi diet agar tidak bertindak terlalu mendadak ke atas tubuh badan. Biarkan tubuh badan anda memerima diet secara perlahan-lahan dengan cara berikut.
Ø Biasakan diri anda untuk minum air putih sebelum mengambil makanan. Teori ini berjaya membantu mengurangkan jumlah makanan yang masuk ke dalam perut
Ø Pastikan di dalam peti sejuk atau almari makanan anda tidak dipenuhi dengan makanan yang sedia dimakan. Sebaliknya hanya terdapat makanan mentah yang perlu dimasak. Dengan cara ini, anda pasti malas makan keranan terpaksa masak terlebih dahulu.
Ø Pamerkan barang-barang yang mampu menguatkan inspirasi anda untuk berdiet, misalnya gantungkan seluar jeans sewaktu anda langsing dahulu di balik pintu. Tiap kali terpandang akan seluar jeans itu, mesti semangat anda semakin berkobar-kobar untuk menurunkan berat badan.
Ø Tidur yang cukup adalah makanan yang baik bagi tubuh. Penelitian yang dilakukan di University of Chicago menyebut bahawa tidur dapat mempercepatkan metabolism wanita.
Ø Jangan sekali-kali anda meninggalkan sarapan pagi. Selain pembekal tenaga, sarapan dapat membantu anda mengurangkan jumlah makanan yang diambil sewaktu makan tengahari.
Ø Sebaiknya jauhkan pandangan mata anda dan melihat makanan terutama makanan ringan yang lazimnya menjadi peneman anda di kala menonton televisyen, membaca buku atau pun bekerja di pejabat.
Ø Pastikan anda meninggalkan tabiat makan anda yang buruk seperti makan di tempat tidur atau pun makan sambil menonton televisyen.
Ø Sukat jumlah makanan yang diambil sesuai dengan keperluan perut. Sebaiknya makanlah apabila perut anda benar-benar terasa lapar.
Ø Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Hadkan pengambilan makanan berlemak dan elakkan berkunjung ke restoran makanan segera.
Ø Amalkan meminum teh hijau, seeloknya tiga cawan sehari. Kajian dari Universiti of Swithzerland mendapati bahawa the hijau dapat membantu membakar kalori di dalam tubuh badan manusia.
Ø Jangan terlalu memanjakan diri. Aktiviti di rumah seperti membersihkan rumah dan sebagainya juga mampu membantu mengurangkan berat badan anda. Aktiviti ringan ini merupakan salah satu bentuk olahraga yang dapat membantu membakar kalori.
Khasiat Buah
Dikirim dalam Info Sihat pada Februari 21, 2008 oleh airisPENGENALAN
Ramai orang menganggap buah adalah sesuatu yang membesar selepas bunga layu dan mempunyai biji. Bahagian yang mengelilingi biji ialah buah. Manakala dalam aspek botani pula, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau jambak bunga. Definisi atau takrifan ahli botani ini merangkumi buah-buahan berisi yang wujud dari bahagian ovari bunga seperti reseptaker atau daripada penyangga (buah epal, strawberi ) , brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel (nenas). Walaupun begitu majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak. BUAH-BUAHAN DAN KHASIATNYA Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.
Delima
Hilangkan Masalah Cacing Delima sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan
Kurma
Hindar Gangguan Usus Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.
Pisang
Merawat Kudis dan Luka Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut
Mangga
Penawar Penyakit Hernia Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluarga Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat
Nanas
Penawar Penyakit Batu Karang Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae dan mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi
Belimbing
Merawat Kencing Manis Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi
Lemon
Berkesan Merawat Tonsilitis Tonsilitis atau penyakit radang tonsil dibahagian kerongkong berpunca daripada serangan kuman bakteria streptokokus. Ia dapat di rawat dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum atau nama saintifiknya Citrus limon. Lemon yang kaya dengan vitamin C serta zat besi, patasium, kalsium dan fosforus berkesan merangsangkan sistem pelalian untuk membunuh kuman streptokokus. Serabut atau bulu-bulu putih yang terdapat di sebelah dalam kulit lemon dan limau-limau sitrus yang lain mengandungi bioflavonoids yang berkhasiat untuk kesihatan. Oleh itu serabut itu perlu dikikis daripada kulit kemudian dicampur dengan isi lemon sebelum dikisar halus. Lemon juga dengan vitamin B kompleksnya juga bertindak membunuh sejenis kuman bakteria dikenali sebagai stafilokokus. Ia turut berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, sifilis dan klamidia .
Pala
Melegakan Kembung Perut, Pala sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Kulit arinya merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebut salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sakit kepala, selsema, disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi. Ia berasal dari keluarga myristicaceae, yang dikenali dengan nama saintifiknya Myristica fragrans juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya pula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit
Pinang
dengan Pelbagai khasiat Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama saintifiknya Areca catecu Linn dan berasal dari keluarga Arecaceae. Buah dan biji pinang bernilai tinggi dari segi perubatan. Biji pinang dikunyah bersama-sama daun sirih seperti yang lazimnya diamalkan oleh orang-orang tua sebagai salah satu petua untuk menguatkan gusi serta menghapuskan masalah mulut berbau busuk. Bagaimanapun, amalan memakan terlalu banyak pinang boleh memudaratkan kesihatan. Biji pinang juga mengandungi sejenis bahan yang boleh mencegah barah. Sabutnya pula digunakan oleh masyarakat zaman dulu untuk merawat cirit-birit. Ia juga berkesan untuk mengubati penyakit kulit seperti panau
Pisang kaki
Turunkan Tekanan Darah Tinggi Pisang Kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung
Sengkuang Cina
Penawar Bronkitis Bronkitis ialah sejenis penyakit radang tenggorok, iaitu saluran udara di bahagian kerongkong. Penyakit ini menyebabkan selaput pada cabang tenggorok menjadi merah dan bengkak. Dalam dunia perubatan tradisional, sengkuang cina merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik. Rasanya manis dan menyejukkan serta elok dimakan bagi meredakan demam, selsema dan batuk. Sengkuang cina berasal dari keluarga Cyperacea dan kaya dengan karbohidrat, lemak, protein, vitamin C, kalsium, fosforus dan zat besi. Ia digunakan dalam perubatan tradisional cina untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Caranya dengan menggunakan tiga biji sengkuang cina dicampur dengan lobak putih yang dimesin halus dengan sedikit air dan madu
Ciku
Penawar Buang Air Berdarah Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi – Pelbagai Khasiat
Tembikai
Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah
Avokado
Hindar Sengal-sengal Tulang dan Sakit Jantung – Avokado dikenali sebagai Persea americana yang berasal dari keluarga Lauraceae merupakan makanan berzat dan amat berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan zat makanan dan menambah berat badan khususnya dikalangan kanak-kanak. Ia mengadungi protein, zat besi kalsium, vitamin A, vitamin C, niasin, soldium dan potasium. Berasal dari negara beriklim separuh tropika. Sebiji avokado mengandungi kira-kira 300 kalori dengan 88 peratus daripadanya adalah lemak. Ia berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang. Amalan memakan buah avokado pada setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipoprotein, sejenis kolesterol yang baik untuk mnghindarkan seseorang itu daripada diserang sakit jantung. Ia diamalkan di Brazil, Colombia, Equador dan Peru di Amerika Selatan
Betik
Selesaikan Sembelit – Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga caricaceae. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah KESIMPULAN Dengan melihat kepada apa yang telah diperbincangkan, jelas membuktikan kepada kita bahawa, buah-buahan sememangnya mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan. Jadi penyelidikan yang terperinci berkaitan khasiat yang terkandung dalam buah-buahan perlu dipertingkatkan. Ini bukan sahaja penting untuk menyakinkan masyarakat, tetapi juga memandangkan rawatan dengan menggunakan tumbuhan semulajadi termasuk buah-buahan tidak mendatangkan kesan sampingan berbanding rawatan moden yang menggunakan ubatan sintetik yang dihasilkan di dalam makmal.
Kopi perangsang beracun
Dikirim dalam Berita pada Februari 20, 2008 oleh airisOleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Adnan Mohamad
am@hmetro.com. my
Difahamkan, serbuk kopi itu dirumus sendiri pesara berusia 40-an berkenaan dalam bilik di sebuah pangsapuri kos rendah di Seri Kembangan, Serdang dekat sini, yang diubah suai menjadi kilang haramnya.
Jurucakap bahagian penguat kuasa farmasi Kementerian Kesihatan berkata, hasil maklumat itu, beberapa pegawai penguat kuasa farmasi menjalankan risikan sebelum memperoleh maklumat produk kopi itu dihasilkan seorang lelaki di Serdang.
“Berikutan itu, satu serbuan serentak dilakukan jam 11 pagi ini (semalam) di pangsapuri terbabit selain dua lagi kediaman di Kelantan yang dikesan menjadi pengedar di negeri terbabit,” katanya.
Dalam serbuan disertai pegawai penguat kuasa farmasi Selangor itu, katanya, seorang lelaki bersama wanita, dipercayai isteri pertamanya, ditahan di pangsapuri itu.
“Ketika serbuan, lelaki berkenaan bersama isterinya sedang sibuk memproses kopi berkenaan berdasarkan penemuan beberapa bekas berisi kopi dan serbuk bahan kimia,” katanya.
Hasil pemeriksaan kemudian menemui 18,000 peket kopi yang sedia untuk dipasarkan kepada pengedar dan pemilik restoran mamak di sekitar ibu kota.
“Kopi terbabit yang sudah setahun di pasaran dijual pada harga RM5 bagi peket seberat 18 gram.
“Lelaki itu mampu hidup mewah dengan memiliki Mercedes Benz dan pelbagai kereta mewah lain hanya melalui penjualan kopi itu,” katanya.
Sementara itu, di KOTA BHARU, pegawai penguat kuasa farmasi merampas 1,668 peket kopi jenama sama bernilai RM8,400 di sebuah premis di Kampung Rengas, dekat Pasir Mas, semalam.
Kopi yang kononnya mampu memberi kesan ala ‘Viagra’ dan dikilangkan di Seri Kembangan itu dipercayai mengandungi sejenis bahan beracun yang boleh memberi kesan sampingan hingga membawa maut.
Difahamkan, bungkusan peket kopi berkenaan hanya mencatatkan mengandungi kopi, ginseng, rempah ratus serta tongkat ali.
Jurucakap Jabatan Kesihatan Kelantan berkata, serbuan itu dibuat selepas pihaknya melakukan risikan selama seminggu hasil maklumat orang ramai.
Menurutnya, satu sampel sudah diuji di Jabatan Kimia dan didapati positif mengandungi racun sildenafil, sejenis racun berjadual Kumpulan B Jadual 1 Senarai Racun yang termaktub dalam Akta Racun 1952 (semakan 1989).
Semua barang dirampas itu disimpan di cawangan penguat kuasa farmasi untuk siasatan lanjut kerana disyaki mengandungi racun tanpa mengikut peraturan Akta Racun.
“Jika sabit kesalahan, pengedar terbabit boleh dihukum mengikut Seksyen 32(2) Akta Racun 1952 iaitu denda maksimum RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Difahamkan, kimia terbabit berbahaya, terutama kepada mereka yang menghidap darah tinggi, lemah jantung dan kandungan lemak tinggi dalam badan kerana boleh menyebabkan tekanan darah terlalu rendah.
Selain itu, boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit kepala, gangguan perut dan penglihatan serta sakit otot. Malah, ia mampu merebak kepada penyakit hati dan menjadi buta.
Syukur
Dikirim dalam jiwang pada Februari 14, 2008 oleh airisApa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisau,
nikmat yang dikecapi akan terasa bila hilang, apa yang diburu timbul rasa jemu
bila sudah didalam genggaman, dunia ibarat air laut diminum hanya menambahkan
kehausan, inilah nikmat kehidupan yang menjadikan manusia hilang kasih sayang
dan sepi rohani. (Al sufi)
