Kopi perangsang beracun

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Adnan Mohamad
am@hmetro.com. my

KUALA LUMPUR: Tanpa kelulusan akademik dalam bidang sains pemakanan, seorang pesara kerajaan sanggup menghasilkan ‘resipi hantu’ dengan mencampurkan serbuk kopi menggunakan pelbagai racun berbahaya yang didakwanya hanya rempah ratus berkhasiat untuk menambah daya seksual lelaki.Resipi berkenaan yang didakwa diwarisi secara turun-temurun bagaimanapun hanya dakyah palsu lelaki beristeri empat itu apabila kopi peket berlogo lelaki alim itu boleh menyebabkan pengguna sesak nafas dan mati mengejut.

Difahamkan, serbuk kopi itu dirumus sendiri pesara berusia 40-an berkenaan dalam bilik di sebuah pangsapuri kos rendah di Seri Kembangan, Serdang dekat sini, yang diubah suai menjadi kilang haramnya.

Kegiatannya terbongkar selepas beberapa penggemar kopi di Kelantan, membuat aduan kepada pihak berkuasa kesihatan apabila berasa pening dan hampir pitam sejurus meminum sejenis produk kopi berjenama terkenal di restoran.
 
Susulan aduan itu, pegawai penguat kuasa farmasi Kementerian Kesihatan cawangan Kelantan segera menjalankan siasatan sebelum memperoleh sampel kopi terbabit yang dijual bebas di kebanyakan restoran mamak dan kedai makan di negeri berkenaan.Sampel kopi itu kemudian dihantar menjalani ujian makmal sebelum disahkan mengandungi bahan kimia sildenafil nitrat serta kafein sintetik.Penemuan dua bahan kimia itu sekali gus membongkar bahaya produk serbuk kopi campuran itu yang diedar ke seluruh negara melalui kaedah jualan langsung.

Jurucakap bahagian penguat kuasa farmasi Kementerian Kesihatan berkata, hasil maklumat itu, beberapa pegawai penguat kuasa farmasi menjalankan risikan sebelum memperoleh maklumat produk kopi itu dihasilkan seorang lelaki di Serdang.

“Berikutan itu, satu serbuan serentak dilakukan jam 11 pagi ini (semalam) di pangsapuri terbabit selain dua lagi kediaman di Kelantan yang dikesan menjadi pengedar di negeri terbabit,” katanya.

Dalam serbuan disertai pegawai penguat kuasa farmasi Selangor itu, katanya, seorang lelaki bersama wanita, dipercayai isteri pertamanya, ditahan di pangsapuri itu.

“Ketika serbuan, lelaki berkenaan bersama isterinya sedang sibuk memproses kopi berkenaan berdasarkan penemuan beberapa bekas berisi kopi dan serbuk bahan kimia,” katanya.

Hasil pemeriksaan kemudian menemui 18,000 peket kopi yang sedia untuk dipasarkan kepada pengedar dan pemilik restoran mamak di sekitar ibu kota.

“Kopi terbabit yang sudah setahun di pasaran dijual pada harga RM5 bagi peket seberat 18 gram.

“Lelaki itu mampu hidup mewah dengan memiliki Mercedes Benz dan pelbagai kereta mewah lain hanya melalui penjualan kopi itu,” katanya.

Sementara itu, di KOTA BHARU, pegawai penguat kuasa farmasi merampas 1,668 peket kopi jenama sama bernilai RM8,400 di sebuah premis di Kampung Rengas, dekat Pasir Mas, semalam.

Kopi yang kononnya mampu memberi kesan ala ‘Viagra’ dan dikilangkan di Seri Kembangan itu dipercayai mengandungi sejenis bahan beracun yang boleh memberi kesan sampingan hingga membawa maut.

Difahamkan, bungkusan peket kopi berkenaan hanya mencatatkan mengandungi kopi, ginseng, rempah ratus serta tongkat ali.

Jurucakap Jabatan Kesihatan Kelantan berkata, serbuan itu dibuat selepas pihaknya melakukan risikan selama seminggu hasil maklumat orang ramai.

Menurutnya, satu sampel sudah diuji di Jabatan Kimia dan didapati positif mengandungi racun sildenafil, sejenis racun berjadual Kumpulan B Jadual 1 Senarai Racun yang termaktub dalam Akta Racun 1952 (semakan 1989).

Semua barang dirampas itu disimpan di cawangan penguat kuasa farmasi untuk siasatan lanjut kerana disyaki mengandungi racun tanpa mengikut peraturan Akta Racun.

“Jika sabit kesalahan, pengedar terbabit boleh dihukum mengikut Seksyen 32(2) Akta Racun 1952 iaitu denda maksimum RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Difahamkan, kimia terbabit berbahaya, terutama kepada mereka yang menghidap darah tinggi, lemah jantung dan kandungan lemak tinggi dalam badan kerana boleh menyebabkan tekanan darah terlalu rendah.

Selain itu, boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit kepala, gangguan perut dan penglihatan serta sakit otot. Malah, ia mampu merebak kepada penyakit hati dan menjadi buta.

*erm….skang ni byk sgt org yg cube mengambil kesempatan , kite sebagai pengguna pulak yang kene lebih berhati-hati dengan produk-produk sebegini…
*kepada penggemar kopi..cubalah kopi Red Guara Coffee (DCL)..dengan harga yang lebih murah..kualiti terjamin(dikilangkan di DCL Manufacturing)..anda pasti suka…;)

Tinggalkan jawapan