Diet
Adakalanya usaha dan tindakan anda hanya sia-sia. Tekanan dan beban terikat dengan aturan amalan pemakanan membuatkan sesetengah daripada kita hanya berdiet separuh jalan. Lama-kelamaan lahir perasaan malas untuk berdiet.
Sebaiknya pada peringkat awal anda perlu mengawasi diet agar tidak bertindak terlalu mendadak ke atas tubuh badan. Biarkan tubuh badan anda memerima diet secara perlahan-lahan dengan cara berikut.
Ø Biasakan diri anda untuk minum air putih sebelum mengambil makanan. Teori ini berjaya membantu mengurangkan jumlah makanan yang masuk ke dalam perut
Ø Pastikan di dalam peti sejuk atau almari makanan anda tidak dipenuhi dengan makanan yang sedia dimakan. Sebaliknya hanya terdapat makanan mentah yang perlu dimasak. Dengan cara ini, anda pasti malas makan keranan terpaksa masak terlebih dahulu.
Ø Pamerkan barang-barang yang mampu menguatkan inspirasi anda untuk berdiet, misalnya gantungkan seluar jeans sewaktu anda langsing dahulu di balik pintu. Tiap kali terpandang akan seluar jeans itu, mesti semangat anda semakin berkobar-kobar untuk menurunkan berat badan.
Ø Tidur yang cukup adalah makanan yang baik bagi tubuh. Penelitian yang dilakukan di University of Chicago menyebut bahawa tidur dapat mempercepatkan metabolism wanita.
Ø Jangan sekali-kali anda meninggalkan sarapan pagi. Selain pembekal tenaga, sarapan dapat membantu anda mengurangkan jumlah makanan yang diambil sewaktu makan tengahari.
Ø Sebaiknya jauhkan pandangan mata anda dan melihat makanan terutama makanan ringan yang lazimnya menjadi peneman anda di kala menonton televisyen, membaca buku atau pun bekerja di pejabat.
Ø Pastikan anda meninggalkan tabiat makan anda yang buruk seperti makan di tempat tidur atau pun makan sambil menonton televisyen.
Ø Sukat jumlah makanan yang diambil sesuai dengan keperluan perut. Sebaiknya makanlah apabila perut anda benar-benar terasa lapar.
Ø Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Hadkan pengambilan makanan berlemak dan elakkan berkunjung ke restoran makanan segera.
Ø Amalkan meminum teh hijau, seeloknya tiga cawan sehari. Kajian dari Universiti of Swithzerland mendapati bahawa the hijau dapat membantu membakar kalori di dalam tubuh badan manusia.
Ø Jangan terlalu memanjakan diri. Aktiviti di rumah seperti membersihkan rumah dan sebagainya juga mampu membantu mengurangkan berat badan anda. Aktiviti ringan ini merupakan salah satu bentuk olahraga yang dapat membantu membakar kalori.