Waspada jangkitan kulat

Jangkitan kulat pada organ reproduksi khususnya pada wanita memang selau terjadi. Di negara yang beriklim panas lembab seperti Malaysia ini, spora memang mudah tersebar termasuk pada tubuh manusia.

Tanda-tanda jangkitan kulat adalah gatal-gatal dan keputihan yang sering kali diremehkan. Namun begitu jangan ambil mudah akan jangkitan kulat ini kerana jika tidak ditangani dengan cepat ia mungkin menganggu kesuburan wanita. Berikut adalah 10 fakta tentang jangkitan kulat yang seharusnya anda tahu;

1. Wanita lebih berisiko

Kedudukan alat genital wanita yang berada di dalam dan sentiasa berada dalam keadaan lembap menyebabkan ia menjadi tempat strategik bagi pembiakan kulat. Berbeza dari wanita, alat genital lelaki berada di luar, memudahkan ia untuk di jaga supaya sentiasa kering

2. Candida – jangkitan kulat paling kerap berlaku

60 hingga 80 peratus wanita pernah mengalami jangkitan kulat candida. Kulat jenis ini sangat mudah membiak di bahagian tubuh. Bukan saja pada bahagian sulit tapi juga di bahagian lipatan kulit yang terjadi akibat kegemukan. Penebalan kulit, warna merah serta bintik-bintik adalah tanda awal jangkitan ini.

3. Aspergilosis – paling berbahaya

Aspergilosis tidak mudah membiak seperti candida. Kulat jenis ini akan tumbuh apabila daya tahan penyakit sesorg mula menurun. Aspergilosis mudah menyerang mereka yang sedang mengidap penyakit seperti kencing manis. Penyembuhannya mungkin memakan masa hingga bertahun-tahun. Ia boleh tumbuh dalam organ di dalam tubuh seperti paru-paru dan usus.

4. Jangkitan kulat vs hubungan seksual

Jangkitan kulat boleh terjadi akibat hubungan seksual yang tidak bersih atau apabila pasangan telah dijangkiti kulat di bahagian sulitnya. Hindari hubungan seks sekiranya dikenal pasti terkena jangkitan kerana akan meningkat infeksi.

5. Wanita bujang juga boleh dijangkiti

Jangkitan kulat boleh menyerang wanita bujang yang belum pernah melakukan hubungan seks. Kulat akan cepat membiak semasa seseorang aktif dan mengeluarkan banyak peluh. Keadaan pakaina yang lembap sekiranya lambat ditukar akan menyebabkan kulat lebih cepat membiak.

6. Jangkitan kulat dan kemandulan

Tidak hanya jangkitan kulat, segala bentuk infeksi pada vagina dapat mengakibatkan ketidaksuburan atau kemandulan. Teorinya, sesuatu yang menghalang bertemunya sperma dan sel telur dianggap menggangu kesuburan termasuklah masalah keputihan dan pelbagai lagi puncanya

7. Cairan pencuci vagina

Cairan pencuci vagina berbentuk cucian dalaman yang bebas dijual di farmasi seeloknya digunakan di bawah pengawasan doktor. Jika tidak digunakan dengan cara yang betul, alat tersebut boleh menyebabkan jangkitan ke bahagian dalaman wanita.

Kotoran yang masuk bersama air atau cairan akan mudah bersarang di dalam. Produk ini juga dapat mengubah keseimbangan pH di dalam vagina yang boleh mnyebabkan jangkitan. Penggunaan alat ini semasa keputihan sedang terjadi juga tidak digalakkan.

8. Cegah dengan kebersihan

Pastikan vagina dalam keadaan bersih dan kering. Penggunaan pakaian dalam dari pagi hingga ke malam hari akan menyebabkan perkembangan kulat. Selain itu beri peluang pada kulit di bahagian sulit untuk bernafas di malam hari dengan mengenakan pakaian dalam yang longgar dan selesa.

9. Awasi kehadirannya

Tanda-tanda awal kehadiran kulat dapat dikesan dengan mudah. Jangkitan awal akan menyebabkan rase gatal yang luar biasa dan tidak sembuh. Gatal ini disertai dengan munculnya gumlana putih yang seakan susu diikuti dengan timbulnya tompokan kemerah merahan di sekitar kelangkang

Rasa gatal akan berambah apabila tubuh berpeluh atau berada dalam keadaan lembap. Sekiranya rase gatal diiringi dengan rasa pedih, kemungkinan berlaku juga jangkitan pada salur kencing kerana kedudukannya bersebelahan dengan organ reproduksi.

10. Rawatan

Membersihkan vagina dengan air adalah rawatan pertama. Rawatan dengan ubat anti kulat intravaginal sangat digalakkan untuk wanita yang telah berumah tangga. Ubat berbentuk kapsul lembut di masukkan ke dalam mulut vagina.

Bagi wanita bujang, rawatan cukup dengan mengambil ubat antikulat atau menggunakan krim. Tempoh rawatan bergantung pada tahap keseriusan jangkitan. Sekiranya jangkitan agak kronik, rawatan akan dilakukan selama 6 hari berturut-turut.

-kelolaan Rosiati Elias

Tinggalkan jawapan