Arkib untuk Mac, 2008
Untung Segera; mampukah bertahan
Posted in motivasi dengan label kejayaan, motivasi on Mac 17, 2008 by airisMakan nasi berulam AIR
Posted in Info Sihat on Mac 16, 2008 by airisApakah Sebabnya?..
Protein adalah sumber makanan yang amat penting untuk sel-sel tubuh dan otak kita. Dari protein yang dihasilkan asid amino yang penting. Asid-asid amino ini pula dicantumkan dan dirangkaikan semula oleh sel-sel kita untuk menjadi bahan-bahan yang kimia yang dipanggil neurotransmitter enzim, hormon dan lain-lain untuk membolehkan otak, otot-otot dan organ-organ kite berfungsi dengan baik serta menjadi seimbang.
Sumber asid amino ini ialah makanan yang mengandungi protein yang lengkap iaitu daging lembu, daging ayam, daging arnab, ikan dan kekacang. Bukan semua bahan-bahan yang ada di dalam daging itu dapat kita gunakan sepenuhnya. Daging itu akan diproses oleh sistem penghadaman kita dan mengeluarkan bahan-bahan yang boleh digunakan lalu diserap masuk ke dalam saluran darah untuk dibawa kepada sel-sel. Bahan-bahan yang tidak dihadamkan dan yang tidak diserap akan diproses dan dikeluarkan melalui air kencing dan najis.
Asid Hidroklorik
Peringkat pertama proses penghadaman protein ialah di dalam perut. Apabila sampai sahaja ke dalam perut, sel-sel perut akan mengeluarkan sejenis asid yang diberi nama Asid Hidroklorik. Tugas asid hidroklorik adalah untuk menentukan sejenis kimia iaitu enzim yang dihasilkan oleh sel-sel perut kita yang bernama pepsinogen bertukar menjadi enzim pepsin.
Enzim pepsin inilah yang berkemampuan untuk menghadamkan protein. Sekiranya kita mengeluarkan cukup enzim pepsin, penghadaman protein akan berlaku dengan baik sekali. Jumlah enzim pepsin yang dikeluarkan bergantung antara satu sama lain kepada kekuatan asid hidroklorik tadi.
Sekiranya kita minum air diantara suapan, asid hidroklorik di dalam perut kita akan menjadi cair. Bila cair, jumlah dan kekuatan pepsin yang dihasilkan akan tidak mencukupi untuk menghadamkan protein dengan sepenuhnya. Apakah yang akan terjadi sekiranya daging yang kita makan tidak boleh dihadamkan sepenuhnya? Cuba bayangkan daging yang dibeli dibawa balik kerumah dan diletak di dalam mangkuk tanpa garam dan ditinggalkan di atas meja dapur. Mungkin 2-3 jam kemudian daging itu telah mula berbau dan pada malamnya daging itu pun menjadi busuk.
Sebabkan penyakit
Proses yang sama juga akan terjadi di dalam perut kita sekiranya daging yang kita makan tidak dihadamkan sepenuhnya. Bakteria dalam perut kita akan bertindak dan menjadikan daging itu busuk seperti daging pekasam. Proses pembusukan ini menambahkan jumlah ragi atau yis di dalam sistem penghadaman kita. Yis ini akan membiak dan mengeluarkan gas yang akan menyebabkan kita merasa sebu dan kembung. Yis ini juga akan mengeluarkan taring-taring yang akan menebuk lubang usus kecil kita dan menyebabkan bahan-bahan busuk dan bahan-bahan yang tidak berguna tadi akan diserap masuk kedalam saluran darah.
Yis yang diberi nama Candida Albicans, akan sama terserap masuk ke dalam saluran darah. Fenomena ini akan menyebabkan kita bukan sahaja kembung tetapi jika berlaku berulang kali akhirnya mengakibatkan penyakit-penyakit stress dan alahan seperti sering batuk, sering demam, lelah, ruam, ekzema, jerawat, sakit-sakit sendi. Jika ia berlarutan akan menyebabkan penyakit-penyakit seperti gastritis, ulser, tonsilitis, asma, arthiritis, gout atau kanser.
petikan dari majalah wanita bersama dato’ dr noor laily dato abu bakar
Fat Flush Diet
Posted in Info Sihat dengan label diet, karbohidrat, lemak on Mac 16, 2008 by airispetikan oleh: khairun nisa ishak
Kaedah Fat Flush Diet ini adalah hasil ciptaan Anne Loise Gittleman, PhD, seorang ahli gizi. Anne Louise dikatakan mengamalkan diet rendah karbohidrat sekaligus detoksifikasi. Berdasarkan pada nama kaedah diet ini, jelas sekali tujuannya adalah untuk meningkatkan tahap metabolisme pengamal diet tersebut dan sekaligus mempercepatkan pembakaran lemak. Kaedah detoksifikasi yang diamalkan ini membuat kaedah ini mampu menampung tugas hati dan membantu menghilangkan selulit yang sering menghantui golongan wanita.
Kaedah
Fat Flush Diet ini pada dasarnya ia menganjurkan agar pengamalnya mengambil makanan lemak (seperti flax seeds oil dan flax seeds), protein yang seimbang (telur, daging, ikan dan kedelai), karbohidrat sihat yang rendah kadar glikemianya, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Makanan berasaskan herba dan rempah seperti kayu manis dan halia juga termasuk di dalam senarai makanan yang dianjurkan di dalam diet ini kerana makanan-makanan ini membantu mempercepatkan proses pembakaran kalori. Seain itu, Anne Louise juga menyarankan pengamal diet ini untuk mengamalkan cleansing tonics, iaitu mengambil air dan jus buah-buahan tanpa campuran sebarang pemanis.
Anne Louise membahagikan diet ini kepada tiga fasa, fasa pertama, kedua dan ketiga.
Fasa Pertama
Fasa pertama berlangsung selama dua minggu dengan pembatasan pengambilan kalori sejumlah 1100-1200 per hari. Produk atau bahan makanan yang berasaskan susu atau gandum perlu dielakkan. Di dalam fasa ini, penurunan berat badan yang ketara akan berlaku. Lemak, terutama di bahagian punggung dan peha akan terbakar.
Fasa Kedua
Pada fasa kedua, pengambilan kalori dinaikkan daripada 1200-1500. Pengamal perlu mengekalkan pengambilan kalori pada jumlah ini sehingga berat badan ideal mereka tercapai.
Fasa Ketiga
Pada fasa ini, pengamal boleh mengambil makanan yang berkalori lebih daripada 1500 kalori setiap hari. Jenis makanan yang boleh diambil juga semakin bertambah termasuk makanan yang berasaskan susu dan karbohidrat.
Walaupun demikian, kadar pengambilannya perlu diatur iaitu 40 peratus karbohidrat, 30 peratus protein, dan 30 peratus lemak. Sebagai tambahan, pengamal juga diharuskan mengambil minuman yang bersifat deuretik beberapa kali sehari dan supplemen GLA(gamma-linolic acid) setiap hari untuk membantu membakr lemak dengan cepat.
Kelebihan
Kaedah ini didapati bukan sahaja dapat membakr lemak dan melangsingkan badan, malah amalan pemakanan yang baik dan sihat membuatkan kesihatan tubuh turut terjaga dengan baik.
Kekurangan
- Amalan diet yang ketat dan memerlukan disiplin yang tinggi untuk melakukannya
- Produk berasaskan susu yang rendah lemak sebenarnya terbukti mampu menyediakan kalsium, magnesium dan riboflavin yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan
- Menurut Barry Popkin, walaupun GLA disarankan sebagai suplemen pembakar lemak, kajian yang dilakukannya masih terlalu baru dan perlukan kajian yang lebih mendalam lagi.
