Fat Flush Diet

petikan oleh: khairun nisa ishak

Kaedah Fat Flush Diet ini adalah hasil ciptaan Anne Loise Gittleman, PhD, seorang ahli gizi. Anne Louise dikatakan mengamalkan diet rendah karbohidrat sekaligus detoksifikasi. Berdasarkan pada nama kaedah diet ini, jelas sekali tujuannya adalah untuk meningkatkan tahap metabolisme pengamal diet tersebut dan sekaligus mempercepatkan pembakaran lemak. Kaedah detoksifikasi yang diamalkan ini membuat kaedah ini mampu menampung tugas hati dan membantu menghilangkan selulit yang sering menghantui golongan wanita.

Kaedah

Fat Flush Diet ini pada dasarnya ia menganjurkan agar pengamalnya mengambil makanan lemak (seperti flax seeds oil dan flax seeds), protein yang seimbang (telur, daging, ikan dan kedelai), karbohidrat sihat yang rendah kadar glikemianya, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Makanan berasaskan herba dan rempah seperti kayu manis dan halia juga termasuk di dalam senarai makanan yang dianjurkan di dalam diet ini kerana makanan-makanan ini membantu mempercepatkan proses pembakaran kalori. Seain itu, Anne Louise juga menyarankan pengamal diet ini untuk mengamalkan cleansing tonics, iaitu mengambil air dan jus buah-buahan tanpa campuran sebarang pemanis.

Anne Louise membahagikan diet ini kepada tiga fasa, fasa pertama, kedua dan ketiga.

Fasa Pertama

Fasa pertama berlangsung selama dua minggu dengan pembatasan pengambilan kalori sejumlah 1100-1200 per hari. Produk atau bahan makanan yang berasaskan susu atau gandum perlu dielakkan. Di dalam fasa ini, penurunan berat badan yang ketara akan berlaku. Lemak, terutama di bahagian punggung dan peha akan terbakar.

Fasa Kedua

Pada fasa kedua, pengambilan kalori dinaikkan daripada 1200-1500. Pengamal perlu mengekalkan pengambilan kalori pada jumlah ini sehingga berat badan ideal mereka tercapai.

Fasa Ketiga

Pada fasa ini, pengamal boleh mengambil makanan yang berkalori lebih daripada 1500 kalori setiap hari. Jenis makanan yang boleh diambil juga semakin bertambah termasuk makanan yang berasaskan susu dan karbohidrat.

Walaupun demikian, kadar pengambilannya perlu diatur iaitu 40 peratus karbohidrat, 30 peratus protein, dan 30 peratus lemak. Sebagai tambahan, pengamal juga diharuskan mengambil minuman yang bersifat deuretik beberapa kali sehari dan supplemen GLA(gamma-linolic acid) setiap hari untuk membantu membakr lemak dengan cepat.

Kelebihan

Kaedah ini didapati bukan sahaja dapat membakr lemak dan melangsingkan badan, malah amalan pemakanan yang baik dan sihat membuatkan kesihatan tubuh turut terjaga dengan baik.

Kekurangan

  • Amalan diet yang ketat dan memerlukan disiplin yang tinggi untuk melakukannya
  • Produk berasaskan susu yang rendah lemak sebenarnya terbukti mampu menyediakan kalsium, magnesium dan riboflavin yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan
  • Menurut Barry Popkin, walaupun GLA disarankan sebagai suplemen pembakar lemak, kajian yang dilakukannya masih terlalu baru dan perlukan kajian yang lebih mendalam lagi.

Tinggalkan jawapan