De Classic Life (DCL)
SATU HADIAH UNTUK KECEMERLANGAN KESIHATAN DAN KECANTIKAN
PENYEMBUHAN SEMUALAJADI YANG MENAKJUBKAN
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG
Terdapat berbagai kaedah perawatan yang menjadi amalan masyarakat Malaysia masa kini seperti kaedah perawatan elopati, homeopati, herba pati, natural pati, refleksologi, akupuntur dan sebagainya. Semua kaedah perawatan ini digunakan untuk merawat penyakit dengan pendekatan dan fahaman yang tersendiri di dalam sesuatu penyakit seperti menekan penyakit tersebut, mengeluarkan penyakit daripada badan, menahan penyakit dari merebak, membedah serta membuang organ sakit yang rosak dan sebagainya.Kaedah perawatan homeopaty diasaskan oleh Dr. Samuel Hahnemann iaitu seorang doktor perubatan alopathy German pada abad ke 18, beliau mendapat pendidikan dalam bidang perubatan di Universiti Leipzig, German.Hasil kajian dan penyelidikan beliau, menunjukkan beberapa kelemahan terhadap amalan perubatan yang diamalkan seperti:-
- ubat yang digunakan tidak dapat menyembuhkan sesuatu penyakit dengan sempurna
- ubat tidak dapat diproses dengan tepat untuk penyakit yang berkaitan
- ubat yang digunakan mengandungi dadah atau morphine yang mempunyai kesan sampingan
- kaedah perubatan yang digunakan memungkinkan kemunculan penyakit baru
Dr Samuel telah mengkaji kitab perubatan pelopor Islam iaitu Ibnu Sina dan hasil kajiannya beliau telah menemukan kaedah perubatan yang dikenali sebagai “Homeopathy”. Kaedah perawatan ini kemudiannya berkembang pesat di German, Perancis, Amerika Syarikat, Britain, India dan lain-lain Negara Eropah. Beliau kemudiannya dilantik sebagai penasihat kesihatan Raja Perancis.Beliau telah menghasilkan sebanyak 70 buah buku antaranya yang terkenal dan digunakan sehingga ke hari ini seperti Organon, Meteria Medica, Chronic Disease dan sebagainya. Di Malaysia, kaedah perubatan homeopathy diperkenalkan pada tahun 1930 oleh Dr Burhanuddin Helmi yang mendapat pendidikan di India.
KONSEP PERUBATAN HOMEOPATHY
Konsep perubatan homeopathy adalah berasaskan “Law of Similimum” (Hukum persamaan). Penjelasan yang mudah ialah jika racun itu boleh menyebabkan kita sakit maka racun yang sama akan digunakan sebagai penawar. Racun tersebut akan dipotensikan mengikut aliran gelombang elektronik melalui proses pambantaian gelombang-gelombang elektronik ke atas jisim asal(racun) dan seterusnya dibentuk meniru sifat-sifat molekul jisim asal mengikut susunan atomik yang stabil dan lebih kuat yang dapat digunakan sebagai penawar kepada penyakit tersebut.Contoh yang mudah racun bisa ular dirawat dengan bisa ular itu sendiri.
KONSEP PERAWATAN KAEDAH PERUBATAN HOMEOPATHY
Makanan yang seimbang dan senaman yang berterusan boleh menjadikan badan sihat dan otak cergas. Makanan yang seimbang diperlukan oleh badan memandangkan tubuh manusia digerakkan oleh tenaga yang dijana dari makanan melalui proses penghadaman, larutan, serapan, pengedaran dan sebagainya. Proses ini memecahkan jisim-jisim kasar (makanan) kepada jisim yang lebih halus (zat) supaya boleh dihantar ke seluruh tubuh untuk membina orga, merawat organ yang sakit dan menyihatkan badan serta mental.Konsep perubatan homeopathy percaya bahawa “Central Nerve System” (CNS) merupakan organ yang bertindak mengawal dan mentadbir perjalanan dan kesihatan seseorang. Contohnya apabila tangan kita terkena api, kita akan merasa sakit dan menjauhkan tangan dari api tersebut. Tindak balas ini merupakan hasil tindak balas sistem deria yang menghantar maklumat kepada CNS & CNS akan bertindak balas memberi isyarat kepada deria atau pancaindera yang lain untuk mengurangkan rasa sakit dengan menjauhkan tangan dari api tersebut.Konsep ini sesuai dengan fitrah kejadian manusia oleh Allah S.W.T, di mana manusia dijadikan dalam keadaan serba lengkap. Di dalam tubuh manusia terdapat racun dan penawar bagi segala jenis penyakit. Cara pemakanan, pencemaran dan sebagainya serta kurangnya rangsangan terhadap penawar di dalam badan menyebabkan daya ketahanan dan sensitiviti CNS menjadi lemah untuk menawar racun serta merawat penyakit.Kaedah perubatan homeopathy tidak mengamalkan pendekatan menahan penyakit atau membenam penyakit, sebaliknya mengeluarkan sakit dari dalam tubuh keluar. Ini berbeza dengan kaedah rawatan yang menggunakan ubat-ubatan yang mengandungi dadah yang lambat-laun akan menimbulkan kesan sampingan ke atas tubuh manusia. Ubat homeopathy dianggap sebagai penawar yang tidak mempunyai kesan sampingan kerana ia bukan dibuat daripada dadah dan bahan-bahan merbahaya. Ubat-ubat homeopathy dibuat dari bahan-bahan asli seperti tumbuh-tumbuhan, bijian dan sebagainya yang diproses menjadi jisim halus yang diperkuat melalui proses pembantaian molekul untuk disesuaikan dengan tubuh pesakit.Berbeza dengan perubatan elopathy, penemuan penawar bagi mengubati sesuatu penyakit (symptom) dianggap sebagai jalan keluar kepada penyakit tersebut. Penghasilan antibodi atau vaksin bagi melawan virusdan bakteria juga dianggap sebagai jawapan sebenar di dalam teori penyembuhan penyakit. Justeru itu beberapa penyakit kronik seperti Resdung, Asma, Barah, AIDS dan sebagainya belum ditemui penawarnya. Walaupun ianya dapat mencegah jangkitan, penyebaran serta keaktifan virus pembawa penyakit tersebut melalui beberapa cantuman bahan kimia yang dikelaskan sebagai ubat, tetapi penggunaannya mengakibatkan kesan sampingan yang lebih buruk untuk jangka masa panjang.Di Eropah, Amerika Syarikat dan Britain, kaedah perawatan yang tidak menggunakan bahan kimia serta dadah yang boleh mendatangkan kesan sampingan mula mendapat tempat di kalangan para pesakit. Nilai dagangan ubat homeopathy di Amerika Syarikat pada tahun 1999 telah meningkat kepada USD000 juta.